Lebih daripada 100 pesakit telah mempercayai kami untuk mengubah senyuman mereka melalui implan pergigian.
– Rasa macam gigi asal. Rupa dan fungsi kunyah sama seperti gigi asal.
– Boleh bertahan sepanjang hidup.
– Mencegah kehilangan tulang dan mengekalkan struktur wajah.
Langkah 1: Konsultasi & Reka Bentuk Rawatan
Kita akan scan dulu keadaan gigi dengan imbasan 3D dan CT scan untuk merangka pelan rawatan khas untuk anda.
Langkah 2: Pemasangan Implan
Doktor akan memasukkan implan titanium ke dalam tulang rahang anda. Implan akan sembuh dan bercantum dengan tulang dalam 3-6 bulan.
Langkah 3: Pemasangan Crown Gigi
Setelah implan siap, crown gigi akan dipasang, menyerupai gigi asal.
Nota: Kos rawatan berbeza mengikut kes atau jika prosedur tambahan diperlukan. Hubungi kami untuk konsultasi!
Tempoh Rawatan Implan Gigi
Rawatan mengambil masa kira-kira 1 bulan hingga pembedahan pertama dan 2-3 bulan lagi untuk implan bergabung dengan tulang. Dalam kes tertentu, tempoh boleh mencecah 6-9 bulan bergantung kepada keadaan tulang, kesihatan, dan kekuatan kunyahan.
Kos Implan vs Gigi Palsu
Walaupun kos awal implan lebih tinggi, ia tahan lama dan lebih menjimatkan kerana tiada kos tambahan. Gigi palsu lebih murah pada awalnya tetapi memerlukan kos tambahan untuk penyelenggaraan.
Keselamatan Logam Implan Gigi
Implan diperbuat daripada titanium, bahan biokompatibel yang selamat untuk tubuh. Titanium juga digunakan dalam implan perubatan lain seperti untuk patah tulang.